Khôl des 1.001 Nuits – Starless Night

19.85

Penerangan

Pembayang ‘Malam Tanpa Bintang’ daripada ‘Celak Seribu Satu Malam’ menyerlahkan mata anda dengan menghasilkan rupa yang bersifat magnetik dan berpengaruh, antara kecantikan mata secara klasik buat sepanjang zaman.

Produk ini mengandungi formula bedak asas yang digabungkan dengan pigmen ultra untuk memberikan anda sebuah penggunaan yang bersih dan tahan lebih lama.

‘Celak Seribu Satu Malam’ diperkaya dan diperhebatkan dengan aplikasi formula purba, dengan menggunakan antara teknologi pigmen termaju dan paling selamat.

CARA PENGGUNAAN

Anda memerlukan berus celak atau khôl (yang jauh lebih sukar untuk digunakan daripada berus pembayang mata konvensional).

  1. Lakukan solekan mata SEBELUM mengenakan sebarang bedak asas, hal ini untuk memudahkan anda mencuci sebarang lebihan dan kotoran yang terjadi.
  2. Gunakan celak (khôl) serapat mungkin dengan bulu mata anda, jika ingin melukiskan garisan yang nipis. Walaupun begitu, jika anda gemarkan garisan yang lebih tebal, sentiasa penuhi ruang (jangan tinggalkan sebarang ruang antara bulu mata dan garis celak (khôl)).
  3. Ketika pemakaian celak (khôl), pegang berus secara kemas dan kuat untuk menghasilkan garisan yang sama dan tetap.

Ulasan

Masih belum terdapat ulasan.

Be the first to review “Khôl des 1.001 Nuits – Starless Night”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *